CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, Julai 05, 2008

Kata-kata Akhir Saya


Sebuah Pantun oleh saya::::


Tamat sudah catatan saya,
akhir sudah perbualan saya,
masa untuk saya pergi meninggalkan blog ini,
dengan sebuah ucapan,
selamat tinggal untuk semua!

Apakah kebaikan memiliki sesebuah hobi?

Tentu semua orang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah hobi,dan hobi itu tentu sesuai bagi mereka.Bagi saya,kegemaran-kegemaran yang saya lakukan itu dapat menghilangkan tekanan,menenangkan fikiran dan juga dapat mengisikan masa lapang saya.Waktu lapang tidak seharusnya di sia-siakan bergitu sahaja.Kita seharusnya mengisikannya dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.

Bagaimana saya membahagikan masa saya?

Semestinya saya menghabiskan kerja rumah yang diberi guru dan mengulangkaji pelajaran sebelum melakukan kegemaran saya.Pelajaran lebih penting.Jikalau saya terlalu letih saya tidak akan melakukan kegemaran saya,sama juga ketika peperiksaan.2 minggu sebelum peperiksaan menjelma,saya akan menghentikan kegemaran saya sehingga peperiksaan berakhir.

Apa itu kegemaran pada pendapat saya ??


Bagi saya kegemaran itu sama juga seperti hobi.Kegemaran ialah sesuatu yang kita suka lalukan pada waktu lapang.Kegemaran tidak semestinya dilakukan secara individul atau keseorangan,ia juga boleh dilakukan secara berpasangan mahupun secara berkumpulan.Bagi saya membuat suatu kegemaran secara berpasangan atau secara kumpulan lebih elok kerana ia dapat lagi mengeratkan lagi hubungan atau silaturahim.

Kegemaran:membaca novel

Kegemaran membaca novel pula ialah satu kegemaran yang berguna bagi
seorang murid seperti saya.Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.Dari novel,saya akan mendapat pelbagai jenis frasa-frasa menarik yang boleh diguakan di karangan ketika peperiksaan PSLE.Dari novel juga,kita dapat mengetahui perkataan-perkataan yang jarang digunakan.Kita dapat mengambil peluang itu untuk menggunakan perkataan-perkataan yang jarang digunakan itu di dalam karangan.Dengan itu, besar kemungkinan kita akan mendapat lebih bayak markah.Tetapi,sebelum itu kita haruslah mencari makna perkataan itu dalam kamus sebelum ia digunakan.

Kegemaran:Menguabah Bunga

Mengubah bunga pula ialah kegemaran yang baru saya minati.Saya mula meminati kegemaran ini pada awal 2007.Saya mendapat inspirasi mengubah bunga ini daripada ibu saya.Dia juga pandai mengubah bunga.Apabila hari raya puasa menjelma,kami sibuk mengubah bunga untuk menghiasi rumah kami itu.Bunga kegemaran saya ialah bunga ros.Rumah kami kini penuh dengan bunga-bunga yang dihiasi oleh saya dan ibu.

Kegemaran:Mendengar Radio

Mendengar radio pula dapat menenangkan fikiran saya.Saya mendengar radio apabila wakktu malam sebelum hendak tidur.Stesen radio kegemaran saya ialah stesen Ria 89.7FM.Saya suka mendengar suara juruhebah,KC.Mendengar radio juga,kita dapat mendengar lagu-lagu terkini yang diputarkan,dapat mengetahui keadaan cuaca,mendapat tahu di mana ada kesesakkan lalu lintas dan pelbagai informasi-informasi yang terkini.Ada juga drama pentas pada setiap hari Ahad di WARNA 97.2FM.Keluarga saya juga mempunyai kegemaran yang sama seperti saya.

Kegemaran: bernyanyi :)

Kegemaran bernyanyi ini saya melakukan dua minggu sekali jika tiada halangan.Saya dan ibu melakukan kegemaran ini bersama-sama.Bagi saya,melakukan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi perhubungan saya dan ibu.Saya melakukan kegemaran ini sejak umur saya 5 tahun.Apabila umur saya semakin meningkat,saya mula mengenali pelbagai jenis rentak lagu.Saya lebih minati lagu-lagu bahasa melayu daripada lagu-lagu Inggeris.

Kegemaran Saya :)


Saya ada bermacam-macam kegemaran.Di antaranya ialah membaca novel-novel bahasa melayu,bernyanyi,mengubah bunga dan mendengar radio.Saya membahagikan masa antara pelajaran dan melakukan kegemaran saya.

Pengenalan Diri Saya :)

Hai!
selamat datang ke blog saya,
catatan saya,saya paparkan
harap terhibur membaca blog saya
janganlah tergesa-gesa membacanya

Nama saya ialah Nur Aqilah Bte Mohd Said.Saya bersekolah di Sekolah Rendah Fuhua.Saya dari kelas 6 Hope.